Kunjungan Hormat Exco Utama Gemaputera Ke MCORP Dan Uda Holdings Berhad

Pada 8 dan 9 April 2025 Kunjungan Hormat EXCO Utama GEMAPUTERA ke MCORP dan UDA holdings Berhad telah berjaya dilaksanakan sebagaimana perancangan.

Kunjungan hormat EXCO Utama GEMAPUTERA yang diketuai sendiri oleh Yang Dipertua GEMAPUTERA iaitu YBrs Datu Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir telah disambut meriah oleh warga MCORP yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MCORP iaitu YBhg. Datuk Mohd Yusof bin Abu Bakar.

Manakala di UDA Holdings Berhad rombongan EXCO GEMAPUTERA disambut oleh YBhg. Datuk Nordin Murat yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset UDA Holdings Berhad.

Hasil daripada kunjungan hormat tersebut, EXCO GEMAPUTERA telah diberi taklimat berkaitan fungsi dan pengoperasian bagi kedua – dua agensi. Selain daripada taklimat, perbincangan juga turut dijalankan yang mana telah mengetengahkan juga fungsi utama GEMAPUTERA iaitu bukan sahaja dijadikan platform untuk tujuan mengeratkan hubungan silaturahim tetapi perlu dijadikan platform untuk membincangkan isu atau dasar sediada yang kurang memberi kesan positif kepada ahli GEMAPUTERA.

Kunjungan hormat ini juga membincangkan kaedah kolaborasi dan perkongsian pengalaman antara PKEN dan ahli gabungan melalui forum atau persidangan yang akan dirancang kelak.

Semoga hasil kunjungan hormat di kedua – dua agensi ini dapat memberi gambaran kepada barisan EXCO GEMAPUTERA untuk menyusun gerak kerja yang lebih memberi manfaat kepada semua ahli GEMAPUTERA. Sokongan daripada semua ahli GEMAPUTERA terhadap barisan EXCO GEMAPUTERA ini amat diharap agar apa yang dirancang dapat direalisasikan dengan jayanya.

Kongsikan Artikel Ini, Pilih Platform Anda!

Joining Over 800,000 Students Enjoying Avada Education now

Become Part of Avada University to Further Your Career.

Go to Top