Sesi Kunjungan Hormat Kepada YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib menerima Kunjungan Hormat daripada Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera & Perusahaan-Perusahaan Awam (GEMAPUTERA) Malaysia.

Kunjungan tersebut bertujuan menjemput YB Timbalan Menteri untuk merasmikan serta menjadi ahli panel komentar dalam Bengkel Memperkasa GEMAPUTERA yang bertemakan “Hidden Compass: State Corporation as Guiding Light for Investors” yang dijadualkan berlangsung pada bulan November kelak di Bintulu, Sarawak.

Bengkel tersebut merupakan platform strategik dalam memperkukuh peranan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri sebagai peneraju pembangunan ekonomi dan pemacu pelaburan yang berdaya saing, khususnya di peringkat negeri.

YB Timbalan Menteri menyambut baik inisiatif GEMAPUTERA dalam menganjurkan bengkel berkenaan dalam menetapkan hala tuju, matlamat dan strategi utama bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Turut hadir, Pengurus Besar Perbananan Pembangunan Ekonomi Sarawak, YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir; Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Md Silmi bin Abd Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perbanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang, YH Dato Mohd Faizal bin Jaafar; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, YBhg. Datin Noraskin binti Jamaludin serta barisan pegawai-pegawai kanan.

Kongsikan Artikel Ini, Pilih Platform Anda!

Joining Over 800,000 Students Enjoying Avada Education now

Become Part of Avada University to Further Your Career.

Go to Top