PENUBUHAN GEMAPUTERA
Gabungan Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan Awam Malaysia, atau ringkasnya GEMAPUTERA, telah ditubuhkan pada 24 November 1984. Pendaftaran GEMAPUTERA kemudiannya diluluskan oleh Pertubuhan pada 29 Oktober 1985. Penaung GEMAPUTERA ialah Yang Berhormat Menteri Perusahaan Awam, manakala Penasihat Utama adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Awam. Keahlian GEMAPUTERA terbuka kepada semua Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan Awam Malaysia, yang diwakili oleh Ketua Eksekutif/ Pengurus Besar masing-masing. Pada tahun 1985, keanggotaan GEMAPUTERA dianggotai oleh 17 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN/PKNP), Malaysia Shipyard and Engineering Sdn. Bhd. (MSE), serta Kementerian Perusahaan Awam sebagai Ahli Kehormat.”
PKEN, iaitu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, ditubuhkan di setiap negeri antara tahun 1964 hingga 1974. Penubuhan ini berlandaskan Akta Pemerbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962, atau Akta 380, serta peraturan-peraturan semasa di peringkat Persekutuan dan Negeri. PKEN bertindak sebagai agensi pelaksana negeri dengan tujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, membangunkan bandar-bandar baru, memacu industri dan perdagangan, menambah baik kualiti hidup dengan membuka peluang pekerjaan baharu, serta memastikan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi.
- Merapat dan memperkukuhkan kerjasama antara agensi-agensi Bumiputera dan perusahaan awam.
- Menggalakkan penyelarasan dan perhubungan yang lebih rapat di dalam bidang kegiatan asas agensi-agensi berkenaan.
- Mengadakan Sukan GEMAPUTERA serta acara sukan dan rekreasi lain
- Melatih tenaga pekerja dengan menempatkan pegawai di agensi tertentu,
- Mengadakan latihan sambil belajar untuk meningkatkan pendedahan,
- Menganjurkan seminar, kursus, dan pameran bagi meningkatkan daya pengeluaran,
- Menyediakan pertukaran maklumat dan data terkini,
- Menguruskan penerbitan berkaitan sebagai bahan rujukan bersama
AHLI AJK
YANG DIPERTUA

Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Abdul Kadir
Pengurus Besar
SEDC
TIMBALAN YANG DIPERTUA

YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim
Presiden & Ketua Eksekutif
JCORP
SETIAUSAHA

Rohani Binti Seri
BENDAHARI TERHORMAT

Dato’ Sr. Zamri Bin Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
PKINK
AHLI JAWATANKUASA
BIRO SUKAN

Ybhg. Datuk Ar. James Wong Kein Peng
Pengurus Besar Kumpulan
SEDCO
BIRO LATIHAN

Datuk Redza Rafiq Abdul Razak
Ketua Eksekutif
PKNPk
BIRO KOMUNIKASI & PENERBITAN

Ybhg. Dato’ Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
PMINT
BIRO EKONOMI

Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar
Ketua Pegawai Eksekutif
PKNP
AHLI-AHLI GEMAPUTERA
AKTIVITI GEMAPUTERA
————————————————————————————–


















