Mesyuarat Exco Gemaputera Bil 1 2025

Mesyuarat Exco GEMAPUTERA Bil 1 bagi tahun 2025 telah diadakan pada 24 April 2025 di Bilik Pelagus, Level 3 Grand Margherita Hotel, Kuching Sarawak.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua GEMAPUTERA, Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, yang juga merupakan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), dan dihadiri oleh semua wakil-wakil Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan rancangan program dan aktiviti GEMAPUTERA untuk tahun 2025 dan seterusnya.

Agenda Mesyuarat Exco merangkumi pembentangan laporan Biro Sukan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah, Biro Latihan oleh Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Biro Komunikasi dan Penerbitan oleh Perbadanan Memajukkan Iktisad Negeri Terengganu, Biro Ekonomi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang serta laporan Kewangan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Selepas mesyuarat selesai pihak urusetia iaitu SEDC turut mengatur beberapa lawatan ke tempat-tempat pelancongan sekitar Kuching seperti Borneo Cultures Museum dan Sarawak Culture Village

Terima Kasih kepada pihak SEDC diatas kemudahan yang disediakan sepanjang mesyuarat berlangsung serta telah mengatur aktiviti lawatan sepanjang berada di Kuching Sarawak.

Semoga mesyuarat yang diadakan dan lawatan yang diatur dapat mewujudkan hubungan yang erat diantara semua PKEN untuk memastikan segala aktiviti yang dianjurkan oleh GEMAPUTERA berjaya dilaksanakan serta mendapat sokongan dan dokongan dari semua ahli GEMAPUTERA

Kongsikan Artikel Ini, Pilih Platform Anda!

Joining Over 800,000 Students Enjoying Avada Education now

Become Part of Avada University to Further Your Career.

Go to Top