Mesyuarat Exco Gemaputera Bil 2 2025

Mesyuarat EXCO GEMAPUTERA Bil. 2/2025 dan Mesyuarat Agong GEMAPUTERA Kali ke – 31 telah diadakan di Kuching, Sarawak pada 18 September 2025 dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Pengurus Besar SEDC merangkap Yang Dipertua GEMAPUTERA.

Mesyuarat ini menghimpunkan wakil-wakil daripada pelbagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan ahli gabungan bagi membincangkan strategi memperkukuh peranan GEMAPUTERA dalam memperkasa sosioekonomi, meningkatkan semangat kesukanan serta memperluas inisiatif latihan di seluruh negara.

Mesyuarat ini juga telah telah memutuskan dan merangka berapa aktiviti utama yang akan dilaksanakan pada masa akan datang iaitu:

  1. Round Table Meeting antara semua Ketua Pegawai Eksekutif/Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan Ahli Gabungan pada 3 Oktober 2025.
  2. Bengkel memperkasakan GEMAPUTERA Hidden Compass: State Corporation as Guiding Light for Investor dengan penglibatan Timbalan Menteri Ekonomi, Malaysia pada 23 Oktober 2025.
  3. Leadership in ESG Driving Sustainable Growth in State Economic Development Corporation pada 7-9 November 2025.
  4. Sukan Mini GEMAPUTERA Golf di Sabah pada November 2025.
  5. Sukan GEMAPUTERA SARAWAK 2026 akan diadakan pada 25 Julai – 1 Ogos 2026 melibatkan 8 sukan iaitu Futsal, Bola Jaring, Golf, Karom, Badminton, E-Sport, Pickle Ball dan Bowling. Venue utama kejohanan sekitar Kuching serta Samarahan.

Terima Kasih diucapkan kepada SEDC Sarawak dalam memastikan mesyuarat ini berjaya dilaksanakan serta menyediakan kemudahan yang terbaik sepanjang mesyuarat berlangsung. Terima kasih juga kepada semua wakil PKEN/Ahli Gabungan yang hadir bagi memastikan Mesyuarat dan AGM Kali ini berjalan lancar. Semoga apa yang dirancang dapat ditejemahkan kepada realiti dengan sokongan penuh semua ahli GEMAPUTERA.

Kongsikan Artikel Ini, Pilih Platform Anda!

Joining Over 800,000 Students Enjoying Avada Education now

Become Part of Avada University to Further Your Career.

Go to Top